Selamat Datang Ke SSPN-i Plus Online

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara tetap setiap bulan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
  • BUKA AKAUN

    • BUKA AKAUN untuk anda secara online sekarang. Anda cuma perlu mendeposit untuk dua bulan dan deposit bulan ketiga perlu dilakukan secara autodebit atau potongan gaji. Bagi deposit 6 bulan dan ke atas, tiada potongan autodebit dan potongan gaji diperlukan. BUKA AKAUN
  • SEMAKAN PENYATA ONLINE

    • Semakan penyata akaun SSPN-i Plus anda jadi lebih mudah dengan adanya sistem semakan online. Tidak perlu lagi ke kaunter dan mengambil nombor giliran untuk membuat semakan. Semuanya dihujung jari anda. Klik link di bawah untuk semakan online. SEMAK PENYATA ONLINE
  • PENUTUPAN AKAUN

    • PENUTUPAN AKAUN SSPN-i Plus boleh berlaku atas beberapa sebab seperti umur pendeposit/penerima manfaat mencapai had ditentukan, kegagalan untuk mendeposit untuk tempoh tertentu, kes kematian pendeposit/penerima manfaat atau penutupan atas arahan pendeposit. SEMAK PENYATA ONLINE
  • PENAMBAHAN DEPOSIT

    • PENAMBAHAN DEPOSIT SSPN-i Plus boleh dilakukan secara online atau melalui kaunter pembayaran PTPTN. Penambahan deposit tertakluk kepada gandaan nilai pakej bagi akaun terlibat. Tempoh penerimaan traksaksi bergantung kepada saluran deposit dibuat.TAMBAH DEPOSIT
  • PENGELUARAN SIMPANAN

    • Simpanan boleh dikeluarkan selepas tiga(3) tahun dan jumlah minimum yang perlu ada adalah sebanyak RM1,000. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum.MAKLUMAT LANJUT
  • SOALAN LAZIM

    • Sebarang pertanyaan pertanyaan berkenaan simpanan SSPN-i Plus boleh dirujuk melalui soalan-soalan lazim melalui pautan dibawah. Untuk makluman lanjut , sila hubungi talian Careline PTPTN atau kunjungi cawangan PTPTN berhampiran anda di seluruh negara.SOALAN LAZIM
  • CABUTAN WOW! 2019

    • PELUANG MENANG CABUTAN WOW untuk lebih pelbagai hadiah bernilai lebih dari RM 1 juta dengan deposit anda di SSPN-i Plus. Layak untuk akaun bagi penerima manfaat dan akaun untuk diri sendiri. Rebut peluang ini segera dengan membuka akan SSPN-i Plus secara online.LIHAT HADIAH
  • PULANGAN RM 170,037.20

    • Dengan deposit bulanan serendah RM30 sebulan bagi empat anaknya , waris Puan Masni Ngah telah menerima manfaat takaful, khairat kematian dan pulangan simpanan selepas Allahyarhamah Puan Masni meninggal dunia akibat lemas kerana kemalangan semasa banjir. ARTIKEL PENUH
  • KURANGKAN BEBAN

    • Nazlyzawati Mohd. Yusoff, 45, menerima manfaat sebanyak RM 112,557.00 selepas arwah suaminya, Mohd. Salahuddin Ismail membuka lima akaun SSPN-i Plus bagi diri sendiri serta keempat-empat anaknya di bawah Pakej Delima dengan komitmen bulanan sebanyak RM50.BUKA AKAUN SEKARANG

KEISTIMEWAAN SSPN-i PLUS

SYARAT PEMBUKAAN SSPN-I PLUS

BUKA AKAUN SSPN-i PLUS SECARA ONLINE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
---------------------------------------------

Terima kasih kerana berminat dengan Skim Simpanan Pendidikan Terbaik di Malaysia iaitu SSPN-i Plus. Apa itu SSPN-i Plus?

S - Skim
S - Simpanan
P - Pendidikan
N - Nasional
i - islamik/patuh shariah
Plus - Tampil dengan tambah nilai takaful dan cabutan wow serta banyak manfaat lain.

Ringkasnya SSPN-i Plus merupakan skim simpanan pendidikan yang mengambil kira segala keadaan pendeposit bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak.

Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online
-----------------------------------------------------------------------------
Sebelum membuka akaun secara online , anda perlu memahami serta menyediakan beberapa maklumat bagi melancarkan pembukaan akaun secara online.

1) Kenalpasti Pakej Simpanan yang akan dipilih. Setiap Pakej mempunyai kriteria, cakupan takaful dan unjuran simpanan yang berbeza. Rujuk ringkasan pakej di bawah :


Maklumat lanjut bagi setiap pakej , sila lawati laman berkenaan Pakej. Setelah memilih pakej mengikut kesesuaian perancangan bagi keperluan pendidikan anak anda, sila ke langkah seterusnya.

2) Kenalpasti akaun yang akan dibuka , samada untuk diri anda sendiri atau untuk penerima manfaat iaitu anak sendiri atau anak jagaan yang sah.

Bagi akaun untuk diri sendiri, anda perlu menyediakan maklumat berikut :
-Nama penuh
-No MyKad
-No. telefon
-Alamat surat-menyurat
-Alamat emel
-Maklumat akaun bank 
-Pekerjaan  

Sekiranya akaun dibuka untuk anak/anak jagaan anda, tambahan maklumat anak/anak jagaan yang perlu disediakan adalah :-
-Nama penuh anak
-No. MyKad/MyKid, anak
-Tarikh lahir anak
-Alamat sekiranya berlainan dari alamat anda.

3) Sebelum memulakan pendaftaran akaun secara online, perlu difahami bahawa deposit minimum pembukaan akaun adalah sebanyak dua bulan nilai pakej.

Contohnya: -
Pakej Intan memerlukan deposit RM60 (2x RM30)
Pakej Delima memerlukan deposit pembukaan RM100 (2xRM50)
Pakej Topas memerlukan deposit pembukaan RM200 (2xRM100)
Pakej Zamrud memerlukan deposit pembukaan RM400 (2xRM200)
Pakej Nilam memerlukan deposit pembukaan RM600 (2xRM300)
Pakej Berlian memerlukan deposit pembukaan RM1,000 (2xRM500)

Bagi deposit pembukaan kurang dari 6 bulan, anda perlu menetapkan kaedah potongan bulanan samada Potongan Gaji / Auto Debit atau Direct Debit.

Jika anda mempunyai Maybank2u atau RHBNow atau Bankislam.Biz, pilihan potongan Auto Debit sesuai untuk anda.
Jika anda menggukan perbankan internet bagi bank selain Maybank,Bankislam.Biz dan RHB, anda perlu menggunakan pilihan potongan Direct Debit.

4. Sekiranya anda tidak mahu menetapkan sebarang mod potongan bulanan, anda perlu mendeposit sekurang-kurangnya 6 bulan nilai pakej pilihan anda.

5. Sudahkah anda bersedia dengan semua maklumat yang diperlukan? Faham apa yang saya ceritakan berkenaan deposit dan kaedah bayaran? Ayuh buka akaun sekarang.

6. Klik link → [BUKA AKAUN] dan lengkapkan maklumat yang diminta dan selesaikan urutan pembukaan akaun iaitu Maklumat Akaun > Maklumat Pakej > Maklumat Peribadi > Kaedah Potongan > Bayaran. Langkahnya ringkas dan mudah seperti illustrasi berikut :









7. Bagi akaun yang berjaya dibuka, anda boleh membuat semakan online melalui laman Semakan Penyata SSPN-i Plus .

Akhir kata, tahniah saya ucapkan kepada anda di atas kesedaran menabung anda yang tinggi. Anda Hebat! Jadilah Superhero untuk diri dan keluarga anda. Terbang ke masa hadapan pendidikan yang sempurna untuk anak anda!


PELUANG MENANG CABUTAN HADIAH BERNILAI LEBIH RM1 JUTA!

 CABUTAN WOW! BULANAN 
HadiahHadiahBilangan Hadiah
1Pakej Percutian Keluarga Dalam Negara Bernilai RM4,000 + RM1,5001
SaguhatiTiket Percutian Keluarga ke Taman Tema Dalam Negara Bernilai RM1,500 + RM50030
Jumlah Keseluruhan 31


 CABUTAN WOW! SUKUAN
HadiahHadiahBilangan Hadiah x 4 Sukuan Tahun
1Pakej Percutian Keluarga Ke Taman Tema Disneyland Jepun / Umrah Bernilai RM23,000 + RM3,0001
Jumlah Keseluruhan 4


CABUTAN WOW! TAHUNAN
Hadiah       Hadiah (RM)Bilangan Hadiah
1                                                100,000.00                                            1
2      50,000.002
3      10,000.003
       200.004000
                   Jumlah Keseluruhan 4006

[BUKA AKAUN SEKARANG]

**SETIAP DEPOSIT SEBANYAK RM50.00 DI SSPN-i Plus MELAYAKKAN ANDA UNTUK TIGA KATEGORI CABUTAN.

Adakah simpanan SSPN-i Plus yang dibuat boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?



Simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak RM1,000. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum yang ditetapkan.

Urusan pengeluaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter PTPTN. Pengeluaran deposit akan dikreditkan ke mana-mana akaun bank pendeposit. 

Guru terima sumbangan takaful SSPN-i Plus RM170,037.20

Oleh Nurul Fatihah Sulaini

Kisah Sebuah Keluarga Yang Sedondon

Popular Posts

Search This Blog

Featured post

KEISTIMEWAAN SSPN-i PLUS

Labels